MD Project 2010
"Kalau ditelan mati emak, diluah mati bapak"


seringkali kita dengar peribahasa Melayu ni.. waktu sekolah dulu2, cikgu pun selalu cakap peribahasa ni guna waktu kita dihimpit oleh dua situasi yang sama penting dan kita hanya boleh memilih salah SATU daripadanya sahaja.. tapi sy fikir x berapa tepat peribahasa ni sebab kita dah punya jawapan yang terang.. kalau ditelan mati emak.. diluah pula mati bapak.. LUAHKAN! kenapa???
diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. , seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W...
"Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling harus aku hormati?"
jawab Rasulullah ,"Ibumu"
"Lalu siapa lagi?"
Rasulullah menjawab lagi ,"Ibumu"
"Lalu siapa lagi?"
jawab Rasulullah "Ibumu"
"Lalu siapa lagi?"
"Ayahmu"
(Hadith Riwayat Bukhari)
sebanyak 3 kali Rasulullah menekankan ibu paling utama baru diikuti oleh bapa.. kalau kira agregat dah 3-1.. hehe.. hal ini kerana kesusahan ibu merangkumi tiga keadaan yang susah iaitu mengandungkan, melahirkan dan menyusukan anaknya.. selepas itu barulah tanggungjawab dan kesusahan bersama yang dipikul si ibu dan bapa untuk mendidik seorang anak menjadi manusia di samping memberi nafkah secukupnya..
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan( dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu ( untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman : ayat 14)
Masyaallah, besar sekali pengorbanan seorang insan bergelar ibu.. tak terbalas sekalipun dengan nilai jutaan ringgit.. seorang ayah pasti tak mampu melakukan apa yang ibu lakukan.. sebab apa saya cakap macam tu? Sebab saya juga seorang LELAKI.. sehari dua boleh la kut.. utk sepenuhnya mengambil alih memang mustahil.. mungkin boleh tapi pastinya lelaki macam tu satu dalam seribu atau satu dalam sejuta barangkali.. huhu..
Sekarang mari kita sama2 renungkan.. bila kali terakhir kita ucapkan sayang pada ibu? Pada ayah? Baru lepas cakap kan? ;) Takpe, tak payah tipu.. Allah tahu apa yang kita tahu..
Ok, ni ada lagi satu cerita.. kisah benar.. tersebutlah alkisah, tinggal seorang ibu tunggal bersama anak-anaknya dalam sebuah rumah.. pada suatu hari, si ibu jatuh sakit.. semasa menuruni tangga, datang salah seorang anaknya lalu membantu si ibu menuruni tangga perlahan2.. si ibu tiba2 bersuara..
“Ummi risau, kalau suatu hari nanti ummi meninggal dunia, siapa nak mendoakan kamu”
Si anak tersentak dengan kata2 ibu.. hati kecilnya benar2 tersentuh.. tak pernah terlintas si ibu akan berkata begitu.. kalau logik akal manusia pasti akan berfikir, pasti si ibu akan berkata “ bila ummi meninggal dunia nanti, siapalah antara anak2 ummi yang akan mendokan ummi”.. si ibu lebih risau tidak dapat ‘memberi’, bukan nya risau tidak ‘menerima’.. sungguh kasih ibu tiada tolok bandingnya.. kesannya, si anak tadi tidak pernah terlupa mendoakan ibunya setiap kali selesai solat 5 waktu.. nak dibandingkan dgn saya, ada juga terlupa mendoakan ibu dan ayah.. tambah2 waktu mengejar masa.. entah apa sebenarnya yang dikejar..
Sama ada, si anak beruntung memiliki ibu yang baik atau si ibu beruntung memiliki anak yang baik, saya juga kurang pasti.. yang pasti, siapa yang menyayangi pasti akan disayangi.. siapa yang paling tinggi kasihnya, dialah yang paling banyak ‘memberi’.. bahkan, kita akan lebih banyak ‘menerima’ bila kita ‘memberi’ bukan untuk ‘menerima’..
Sungguh, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.. lagu dendangan Aisyah yang serigkali saya dengar waktu kecil2 dulu.. sampai sekarang saya ingat lagu itu.. pernah saya buat montaj hari ibu dgn lagu tu.. umi menangis tgk montaj tu.. saya pun.. masa tu kecil lagi.. so x kesah pasal macho ke tak kan.. tapi kalau hari saya menangis sebab kenangkan kasih sayang ibu ayah, tak macho ke? Terpulang pada penilaian individu..
Seorang lelaki datang menghadap Rasulullah S.A.W. seraya meminta izin untuk ikut andil berjihad bersama baginda, maka baginda bertanya, “Adakah engkau masih mempunyai ibu?” Orang itu menjawab, “Ya, masih”. Baginda pun kemudian bersabda, “Bersungguh-sungguhlah dalam berbakti kepada ibumu, kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua kakinya”
(Riwayat Imam Nasa’i danThabrani)
Dalam hadith ini, Rasulullah S.A.W. mempertimbangkan anak tersebut ikut berjihad kerana belum dewasa.. jadi dapat kita fahami disini betapa pentingnya menjaga ibu.. tapi sebenarnya, menjaga kedua ibu bapa tu sangat2 penting.. tak nak ulas panjang sebab kita dah pun belajar adab dgn ibu bapa and etc masa kat sekolah.. sekaranglah waktu nak praktikkan.. jangan sayang ibu ayah bila nak mintak duit je.. hehe..
Post ini bersempena Hari Ibu.. tapi bukan bermaksud hari ibu je baru kita cakap sayang kat ibu.. tapi jadikan hari ibu sbg permulaan utk lebih menghargai ibu.. hari2 adalah hari ibu dan hari ayah.. sebab hari2 pun kita sayang ibu dan ayah.. kan? ;) terpulang kat kita nk tunjukkan sayang kita pada mereka.. Ummi, Teh sayang Ummi! =)
"Ya Allah, kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua (ibubapa) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Al-Israa': 24 )
Wallahua’lam
*pikir utk post Hari Bapa pulak *wink*
emosi
terima kasih!
liku-liku berliku..
A son of a father is a product of the environment.. sekali melakukan kesilapan, kita tidak seharusnya mengulangi kesilapan itu lagi.. namun, adat manusia yang sentiasa leka.. waktu susah Tuhan diutamakan, waktu senang Tuhan diketepikan.. kesilapan demi kesilapan yang saya lakukan bagaikan mencurah toksik pada badan sendiri... kesan jangka panjang, hanya saya yang merasainya.. kepercayaan, persepsi dan tanggapan orang lain pastinya berubah setelah kesilapan yang pernah kita lakukan.. apatah lagi kesilapan yang diulang-ulang dan nasihat yang tidak diendahkan.. saya bukanlah siapa-siapa.. ilmu entah kemana.. hanya insan biasa yang tidak sempurna..
Saya sedar betapa hidayah itu milik Allah.. suatu ketika dulu, saya amat bersyukur dikurniakan nikmat itu .. ruginya saya tidak memeliharanya hingga akhirnya hati kembali menjadi gelap dan ditarik nikmat ketenangan.. sesal sekarang sudah tiada gunanya.. nasi sudah menjadi bubur.. keseronokan dunia yang dikejar tak dapat, kebahagiaan akhirat pula berciciran..
Walau bagaimanapun, saya bersyukur masih diberi peluang olehNya.. ujian demi ujian yang silih berganti tanda masih ada yang sayang.. semoga Allah memberi kekuatan untuk melalui semuanya.. diri ni tak berdaya tanpa kasih sayang Tuhan yang menciptakannya.. biarlah saya kembali merangkak dalam mencari hidayahNya agar saya benar-benar menghargai apabila memperolehnya kelak.. kepada mereka yang pernah saya lukai, saya pohon ampun dan maaf seikhlas hati saya.. i’m being too ignorance before this.. sekalipun saya tidak memberi manfaat pada orang lain, saya tak mahu sampai memudaratkan orang lain pula.. senangnya cakap nak berubah, tapi untuk betul-betul berubah memerlukan kekuatan luarbiasa... biarlah masa yang menentukan..
