salamun 'alaik..
pernah tengok tak pancuran air(water sprinkler) di taman-taman rekreasi atau ladang2? cuba kita lihat kawasan mana yg paling banyak disirami air? tentu nya kawasan yg tak terlalu jauh dan tak pula terlalu dekat dgn pancur air tu kan? bahkan, silap2 kawasan yg paling hampir dgn pancur tu langsung tak kena air dan kering kontang..
macam tu lah perbandingan hidup kita.. acapkali kita berterima kasih apabila orang yang tak dikenali berbuat baik terhadap kita.. selalu juga kita berterima kasih apabila kawan2 yang baru kita kenal membantu kita walau pun perkara kecil.. tapi berapa ramai antara kita berterima kasih apabila kawan2 rapat kita berbudi pada kita? tolong beli nasi ke, tolong angkat pakaian di jemuran ke, tolong apa-ape ajelah.. ade ke cakap terima kasih? belum lagi dikira waktu di rumah.. adakah kita ucap terima kasih pada ibu tiap kali ibu masakkan makanan untuk kita biarpun cuma lauk ikan kering dan telur masin? adakah kita ucapkan terima kasih pada ayah tiap kali ayah pulang dari kerja sebab nak cari rezeki utk kita sekeluarga? ke terima kasih tu hanya bila ayah hulur kepingan not RM50 waktu nak pulang ke kampus je? ada cakap tak?
kalau orang punya salah, nampak je.. mungkin kawan kita memang ada buat salah pada kita.. tapi jangan lah sampai kesalahan dia tu membutakan kita terhadap seribu kebaikan yg pernah dia buat pada kita.. biasalah.. manusia tak pernah lari dari kesilapan kan? janganlah kalau ibu tegur sikit, kita terus nak bermasam muka dengannya.. padahal kita semua dah sedia maklum, jasa seorang ibu takkan dapat dibalas sekalipun gunung emas sebagai galang gantinya.. janganlah kalau ayah taknak belikan kita handphone baru, kita terus meninggi suara dengannya.. padahal kita sedia maklum, sejak kita lahir, kedua tangannya lah yang bekerja keras demi memastikan kita tidak sesaat pun kelaparan..
jadi, lepas ni didik lah diri kita ucapkan terima kasih walaupun utk hal2 yg kecil.. pasti kita dapat rasakan perubahan yg sgt positif dalam persekitaran kita.. dalam masa yang sama, jangan lah pula kita mengharapkan ucapan terima kasih tu daripada org lain setiap kali berbuat kebaikan.. buat lah sesuatu tanpa mengharapkan balasan.. itulah IKHLAS.. hakikatnya manusia memang susah melafazkan penghargaan biarpun terhadap insan yg disayangi.. justeru, kitalah yang mampu membuat perubahan.. pilihan di tangan anda.. pilihlah kebahagiaan atau sebaliknya.. bukan kena bayar pun kalau nak ucapkan terima kasih..
ingatlah, barangsiapa yang tidak pandai berterima kasih sesama manusia, sebenarnya tidak tahu bersyukur terhadap Tuhannya =) jadi saya nak ambil kesempatan ni utk ucapkan terima kasih pada umi dan abah sebab melahirkan dan membesarkan saya dengan sepenuh kasih sayang.. pada abang long, kak long, kak ngah, abangah, abang chik dan adik, korang lah yang melengkapkan keluarga kita menjadi sebuah keluarga yang happening dan bahagia.. buat kawan2, korang lah yang sentiasa memberi semangat di kala diri ni penat dgn dugaan, cubaan dan ujian dalam kehidupan.. semoga ukhuwwah antara kita kekal terjalin buat selama-lamanya.. meminjam kata2 seorang sahabat, semoga kita berkasih sayang kerana Allah.. terima kasih Allah!

0 comments:
Post a Comment